Followers

Raya..?..raya..?..

0 comments

Saturday, September 3, 2011

Lepas habis jer buan ramadan , tingkatkan bacaan quran tau dan kurgkan hiburan ... sbb nnti bala tentera 'dorg' akan lakukan macam2 untuk menghancurkan iman kita ... Bagi yang iman yg lemah , cukup dgn rancangan televisyen atau sebiji bola utk melalaikan mereka(mengutamakan dunia) .. bagi iman yg kukuh , mantap dan padu , maka bersedialah menerima kunjungan mereka yg berpangkat ketua jeneral , ketua perang sayap kiri .. dan sebagainya ... Ingat ! Mereka tidak akan berputus asa sehingga hari kiamat untuk menyesatkan anak adam ... Andai kata kita tewas(buat dosa) , maka bertaubatlah kepada Allah dengan segera dan menangislah sekuat hati kerana syaitan amat terseksa duduk dengan hamba Allah yang kerap nangis .. dan kurgkan dan berhentilah drpd berkata lucah , mencarut , mengumpat dan geng2 dia kerana ini adalah ubat untuk syaitan sembuh daripada kesakitannya ..

_________________________________________________________

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya ; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal .....

- Surah A-li'Imraan ayat 135-136 -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
XD Anime Smiley