Followers

Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Sahabat- deVoteeS

0 comments

Friday, February 17, 2012




Sahabat- Devotees

ku layarkan kerinduan...di lautan memori
mengimbau kenangan indah...yg menyentuh emosi
masih segar di ingatan...saat mesra berputik...
hadirmu bawa sinaran..cahaya inspirasi

sahabat...kau sesungguhnya..temanku...di kala suka dan lara...

tika ku buntu...diselubungi sendu...
kau tiupkan ketabahan...utk ku ukir senyuman...
bagaikan embun...hilang di terbit fajar...
kau pergi jauh mengejar cita menggapai Redha yg ESA...

duhai sahabat dengarkanlah...bicara hatiku ini...meskipun jarak memisahkan...namun tiada nokhtah kasih...
biarlah waktu menentukan...nilai ukhuwah yg terjalin...teruskanlah perjuangan...hingga ke titisan darah terakhir... 




~ku tujukan khas kpd sahabat seperjuanganku,,,MITIB 3rd Batch,,my bro and to all yg mengenali diri ini...~

KembARA khazaNah raja PuteH 2012 : ),,

0 comments
assalamualaikum,,kali ni ana 'terasa' rajin lak nak buat entry baru,,,memandangkan ramai yg prihatin,,haha..take care lah katakan...'daus bile nak wat entry baru...nak wat la ni...haha...

firstly,,, I want to talk about..hmm,,,'''KEMBARA KHAZANAH RAJA PUTEH''',,,ape benda tu,,kami, MITIB 3rd Batch,,mengadakan lawatan ke sarawak..haha,,gempak2,,tarikh first 19 jan,,pastu tukar 2 feb,,pastu 23 feb..and lastly....1 mac-3 mac 2012,,,YA ALLAH kau berjayakanlah misi kami kali ini,,,AMIN...

dah byk kali tukar tarikh,,hrp2 this time menjadi...insyaAllah,,,

haha~2012..

0 comments

Saturday, February 11, 2012

assalamualaikum,,,
rasanya dah dkat setahun ana x tulis entry baru..
tergerak plak kat hati nie,,nak buat,,hihi..


first,,hmm...pasal MITIB ana nak ckap..ana skrang dkat dorm baru...namanye KHALID AL-WALID...dorm yg ana nnt-nntkan sejak form 1 lagi...haaa,,ahli2 nyer sperti brikut,,,f2 alif farhan..athir..farhan halim...my batch...uzair,,danial amri,,rahim,,raja rahimi,,amin...f4..abg hafiz sarudin..abg syakir dan abg hubaib...huhu..my senior one year different..khidir..hadi...saiful..nuruddin...izzarul..sufi,,dan my bro,,ulfa hassan,,,adek baru form 1...nazeem,,danish,,umar,,luqman al-hakim..

byk aktiviti yg ana lakukan spanjang sebulan kat sekolah MITIB ni,,,bru2 nie mitib tlah mengadakn sambutan maulidur rasul...haha..best giler,,ade byk pertandingan,,antaranya qari-oke..master chef sunnah,,perarakan..sepanduk terbaik...qasidah temporari..busana muslim dan karnival ekhwah-akhwah...hmm,,bertanding ikut keluarga,,,haha,,mesti ar keluarga ana menang...alhamdulillah...al-fiil johan keseluruhan...teringat balik zaman Rasulullah...susah payah baginda berdakwah..mencari kebenaran..oleh itu marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. cinta akan nabi..seperti dlm hadisnya yg berbunyi:


''tidak sempurna iman seseorang drpd kamu sehinggalah ia lebih mencintaiku drpd bapanya anaknya dan manusia seluruhnya.''(hadis riwayat al-bukhari dan muslim)

ana nak berkongsi satu cerita ngan para pembaca sekalian..crita ni ana petik drpd seorang ustaz ana yg memberi tazkirah smlm...


''cinta sahabat kepada nabi sehingga seorang sahabat nabi yg sudah meninggal tetapi  rohnya bleh terbang ke mana2 tempat...seperti di syurga dan boleh berpindah ke syurga yg lain...suatu malam rohnnya dtg kepada nabi kerana sgt2 merindui nabi...pada keesokan harinya nabi muhammad menceritakan hal ini kepada sahabatnya yg lain..subhanallah..punye cintanya sahabat nabi kepada baginda..
tulah serba-sedikit tentang maulidur rasul di sekolah ana...konklusinya marilah kita bersama-sama bersalawat kepada Rasulullah SAW,,insyaAllah...kita mendapat syafaat baginda di padang mahsyar nnt..amin...

cerita seterusnya,,,JAULAH KE UTARA...ape tu?hmm,,,Badar,,pengawas,,ajk asrama,,,kepimpinanlah tu...mereka pegi kedah...hari jumaat sampai ahad..3 hari 2 malam...sekolah ana ni pun suka buat tamrin2 untuk kepimpinan...rasa sebak di hati adelah jugak...huhu,,x taulah rasa x puas hati ada jugak..siapalah ana ni nak dibandingkan dgn kepimpinan tu,,,sekadar budak biasa...x jd masalah...best ke pegang jawatan ni...mesti ar..nama naik,,,amanah kene jaga...kene jd baik,,,jd org yg sng pegi mane2 dan disayangi...hai...teringin jugak nak jd amilin badar...kena ar menonjol skit,,ckp ar kat sume org mesti nak jawatan ni..haha...xpe ar...mungkin ada hikmah di sebaliknya...

ana nak berkongi pendapat sedikit...wajarkah kita memegang sesuatu amanah hanya sekadar utk mendapat nama?,,,mesti lah kene jadi Qudwah Hasanah...menjadi ikutan kepada yg lain...yg peliknya ahli badar pun minat k-pop...nyanyi kuat2 lak tu kat asrama...melalak x tentu psal(bukan sekolah ana lah..sekolah laen.)..beristihgfarlah byk2...walaupun diri ini lemah..ana pun sentiasa buat kesilapan...oleh itu berusahalah untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut utk mendapat redha Allah SWT,,,hmm..terdetik di hati ana...sebagai org islam lindungilah hati ini drpd perbuatan maksiat,,,

seperti dlm firman Allah yg bermasud:

''Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yg dengan itu mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yg dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukan mata itu yg buta, tetapi yg buta adlah hati yg ada di dalam dada'',(QS-22:46)

''Bersabarlah dalam amanah yg diberikan''


alhamdulillah setakat di sini sahaja entry saya kali ini,,,tahun ni PMR...doakan ana amnya..dan khaskan kepada MITIB 3rd Batch...amin...58 org 9A..100 peratus..insyaAllah..my special bro...doakan adikmu ini...

"Ya Allah, Aku ini lemah, maka KAU kuatkanlah aku, Aku ini hina maka KAU muliakanlah aku, Aku ini malas KAU rajinkan lah aku, hindari aku drpd segala perbuatan maksiat...Allah yg maha pemberi rezeki,,''
Amin...Ya Rabbal Alamin...

Nabi SAW bersabda,,
''sesiapa yg cinta utk menemui ALLAH, nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya''
insyaAllah..

Kasih seorang Abang

0 comments

Thursday, November 3, 2011

Kasih Seorang Abang
-Surat Untuk Abang Dari Adik-

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku

Hidayah Cinta 2

0 comments

Friday, August 26, 2011

  (triologi kedua daripada komik hidayah cinta)

Yasir berteleku di tikar kusam, membilang butir tasbih dan mengungkap zikir ringan. Hampir sebulan berlaku dan dia tidak melakukan sesuatu yg berbeza daripada bulan-bulan sebelumnya. siang dia bekerja dan malamnya dia menulis. Al-quran pun jarang dibelek apatah lagi bertahajud. Ripuh bekerja tidak memerlukan dirinya kudrat yg lebih utk bangun sepertiga malam.
          Walaupun dia bekas pelajar aliran agama lepasan Universiti Yarmouk di Jordan , namun dia jarang mendapat kelapangan melakukan ibadat sunnah. lebih-lebih lagi berqiamullail di waktu dinihari. semenjak pulang ke tanah air,dia diberi peluang utk berkecimpung dalam dunia penulisan dan penerbitan.

         Dua minggu lalu, tanah Yarmouk ini juga masih misteri. cerita kawan-kawanku 20 tahun yg lalu di Samtaraf, mengingatkan lagi kotak fikirannya. Mereka juga pernah ke sini tidak jauh berbeza dengan apa yg tersimpul di fikiran Yasir. Yusuf Thilmisani, teman baiknya kini menjadi seorang doktor yg juga merupakan lepasan Universiti Al-Azhar di Kaherah. Aisya Humaira' sedang menunggu cinta sejati setelah menghabiskan pelajaranya di Universiti Islam Antarabangs di Gombak. Namun, Yasir masih tidak mempunyai seseorang yg istimewa bg menceriakan hati. Walau bagaimanapun, dia tetap dgn pekerjaannya sehingga lupa tentang hal dunia. Mungkin dia begitu bnyk dgn kerja yg perlu dilakukan di yarmouk ini.

***--------------------***

Yasir melihat sekitar bandar Amman. walaupun sudah banyak kali dia melawat tempat itu bg melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Sejarah, dia tetap tidak bosan apatah lagi berputus asa. Dia perlu mengkaji sejarah yg berada di situ dan perlu menulisnya utk membentuk sebuah buku berkenaan dgn sejarah. 
         Pada suatu hari, Yasir ditemukan dengan seorang gadis manis. Berdarah campuran, berketurunan arab-melayu.Bertudung labuh. Dia beruntung, bahasa melayunya fasih sehingga kami berbicara dgn asyik. Gadis itu sudah beberapa kali ke Jordan, katanya kerana sejarah dan cinta. Yasir tersentak kecil, dadanya dicucuk takjub.
         Minat mereka seakan serupa! Yasir juga cuba memahami sesuatu sejarah kerana mahu memugar cinta.
Gadis itu berbicara dgn bahasa nusantara. Kelip dgn mata bundarnya, bibirnya menghiasi senyuman yg manis.
Hampir debu-debu wajah Yasir terbang dikusarkan badai emosi. Diganggu suara mersiknya yg melafazkan kata cinta. Tapi, rasukan itu pantas Yasir hembus pergi bersama keluhan kecil.

        'Saudara, biar aku jelaskan. Sesungguhnya aku beriman dgn qadak dan qadar. Aku faham apa itu ikhtiar   ,tawakkal, pasrah dan redha. 
        'Bagiku semua perkara di dunia ini sudah pasti, tersusun dan terancang oleh-NYA. tiada kebetulan atau kesengajaan.' 
        'Itulah keimanan dan keimanan itu mungkin sahaja diganggu-gugat oleh sesuatu ketidak seimbangan emosi dan sikap diri. Mungkin itulah yg menimpa aku. Aku digugat oleh emosi cinta,' syarah gadis itu dgn nada perlahan.

Yasir kesilauan disuluh pawana mentari, pantas melekapkan cermin mata hitamnya.

         'Kenapa mencari cinta di sini?, tanya Yasir.

         'Aku sukakan sejarah, di sini aku temui pengajaran yang banyak menerusi sejarah-sejarah silam.     Menembusi sejarah-sejarah silam itu juga aku dapat temui cinta, katanya.
Katanya tidak dapat Yasir balas. Ada erti yg perlu didefinisikan dalam putaran diksi gramatis itu. 

***--------------------***
Sebulan selepas itu....

"Ding! Dong!" Loceng bilik ditekan, ingatan ilusi bertaburan hilang entah ke mana. Pintu dibuka dan kawan baik Yasir di Jordan, Hakimi terpacak di situ.

           'Yasir, kenderaan sedang menunggu di bawah. Biar aku yg angkat begnya. Ini tiket penerbangan malam ini. Aku serah balik pada kau', Yasir menyambut huluran tiket daripada tangan Hakimi. Tercatat di situ tarikh perjalanan 2 Disember 2010.

Dari kejauhan  airport International Tayseer tidak jauh dari ibu kota Jordan. Sejurus kaki berpijak di kaki lima, tiba-tiba bayang gadis mata bundar itu muncul. Teringat kata-katanya beberapa minggu lalu di kota Amman, dia sebatang kara setelah ibu bapanya meninggal dunia. Mujurlah harta keluarganya bertimbun. Boleh menumpang di situ. 

          'Kamu terbang malam ini?' Yasir berpaling.   
  
          'Kamu lagi?' Yasir mencelah.
         'Ya,aku kenapa?', dia berkata.

Yasir menggelengkan kepala bererti tiada apa-apa.

        'Kamu pun ke Malaysia', Yasir sambung percakapannya.

        'Ya,Yasir, aku sudah berikan surat pada kau, segala hutang janji sudah terlunas. Tambahan pula, aku masih punyai misi', dia tersenyum.

        'Misi apa?'.
        'Misi Cinta', dia ketawa kecil.
        'Sebentar boleh tak aku tahu nama kau?'.

        'Namaku Rafiqah Najwa', dia menjawab pantas.

        'Kebetulan nama itu........', aku ternganga terkesima.

       ' Sudah aku bagitau, ini semua peraturan dan aturan Allah. Semuanya sudah terancang dan....', Yasir meletakkan jari telunjuk di bibirnya, menandakan ada sesuatu yg ingin diperkatakan.

      'Seperti kun fayakun pasti akan berlaku', balas Yasir.

Dia tersenyum angguk. Mereka bersama akan ke Malaysia bagi meneruskan tugas seterusnya. Yasir tidak sabar untuk berjumpa dgn rakan baiknya, Yusuf dan Aisya...

***--------------------***

Firman Allah S.W.T:

Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila dia mengehendaki adanya sesuatu hanyalah di berkata (hakikat) benda itu; 'Jadilah engkau!' Maka ia terus menjadi. 
(Q:S: 83:82)



***--------------------***

bersambung...
secret recipe a.k.a ahmad firdaous





Pabila kami masih bersekolah...

0 comments

Saturday, June 4, 2011

Assalamualaikum...
dah lama ana tak tulis entry. biasalah baru cuti. mitib ada program perkampungan ilmu, tulah xleh balik. kenalah duduk kat sekolah seminggu. tapi masa hari tu, best gila...hahaha...


hari sabtu ada ceramah motivasi ngan encik mahadi mohd...
sebelum tu tengok cerita pasal mavi marmara yg kena serang ngan israel...
best gila...
gambar kenang-kenangan dengan cikgu buang dan encik mahadi


Hari isnin and selasa ada mukhayyam arabi
dengan ustaz muallimin, ustaz maher dan ustaz irfan sampai malam.


saja je letak gambar ni. kenangan tak boleh dilupakan.
banyak aktiviti masa tu mcm jejak maklumat, kuiz bahasa arab, drama bahasa arab dan lain2 lg...

hari rabu dan khamis..
belajar sejarah, pai, geografi dan matematik...
dapat kertas periksa, alhamdulillah semua yg dapat tu A...


banyak lagi aktiviti mlm tu kat asrama and sekolah
seumpamanya ACCELERATED LEARNING ngan ustaz rosli...
lepas tu perhimpunan asrama ngan kauselor, gpk hem, ketua warden iaitu Ustaz Fauze...
mcm nasihat beliau bg sebelum kami penduduk asrama pulang ke rumah...


dan esoknya tibalah hari yg ditunggu untuk aspura and aspuri mitib balik...
best gila, tak terkata seronoknya...
cuti2 gak.....tp quran and pelajaran kena jaga...
nak jadi hamlatul quran bukannya senang....
ok xpelah sampai disini....


selamat bercuti....
Enjoy cuti,,,,,quran terpelihara,,,,,,
Insya Allah.....
Wallahu a'lam....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
XD Anime Smiley