Followers

MInta jasa baik semua orang

0 comments

Friday, June 10, 2011

Assalamualaikum.....BLOGGER,,,,


sekadar ingin berkongsi cerita....minta jasa baik pengunjung blog nie...vote ana utk menang pertandingan blog kreatif...yg bertemakan Selangor Idaman Ku....kat bawah nie cara nak vote mula-mula pergi ke website nie...




http://selangoridamanku.com/votes?cat

pastu carilah blog ana punye link...huhuhu...


Filter
Category
Sort by
 Clear Filter
Showing results 1 to 10 of 34
www.elshirazzy.blogspot.comCategory: Secondary Schools Student
Website:  www.elshirazzy.blogspot.com
Name: Ahmad Firdaous bin Mohd Saleh0.2%
Join: Saturday June 11th, 2011
Votes: 1 Vote  (Latest: 11th June 2011)

pastu jumpe benda yg tertera kat atas nie...
pastu vote lah....
harap semua sudi utk vote ana....
insyaAllah anda semua akan mendapat balasan pahala yg berganda-ganda atas kesudian mengundi saya...
semestinya drpd ALLAH SWT....

ini sebagai medan dakwah kepada saya utk terus memburu syahid ke jalan Allah....
INSYAALLAH<<<AMIN>>>....

Perhatian!...

0 comments

Monday, June 6, 2011

salam ukhuwwah....artikel yang ana ingin kongsikan dengan pembaca kali ni ana jumpe di dalam blog seorang kenalan ana difacebook iaitu INNI AKHAFULLAH.......renungkan......

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..  

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:   Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

SUBHANALLAH...........hanya allah yng tahu bilakah akan terjadinya kiamat......

Pabila kami masih bersekolah...

0 comments

Saturday, June 4, 2011

Assalamualaikum...
dah lama ana tak tulis entry. biasalah baru cuti. mitib ada program perkampungan ilmu, tulah xleh balik. kenalah duduk kat sekolah seminggu. tapi masa hari tu, best gila...hahaha...


hari sabtu ada ceramah motivasi ngan encik mahadi mohd...
sebelum tu tengok cerita pasal mavi marmara yg kena serang ngan israel...
best gila...
gambar kenang-kenangan dengan cikgu buang dan encik mahadi


Hari isnin and selasa ada mukhayyam arabi
dengan ustaz muallimin, ustaz maher dan ustaz irfan sampai malam.


saja je letak gambar ni. kenangan tak boleh dilupakan.
banyak aktiviti masa tu mcm jejak maklumat, kuiz bahasa arab, drama bahasa arab dan lain2 lg...

hari rabu dan khamis..
belajar sejarah, pai, geografi dan matematik...
dapat kertas periksa, alhamdulillah semua yg dapat tu A...


banyak lagi aktiviti mlm tu kat asrama and sekolah
seumpamanya ACCELERATED LEARNING ngan ustaz rosli...
lepas tu perhimpunan asrama ngan kauselor, gpk hem, ketua warden iaitu Ustaz Fauze...
mcm nasihat beliau bg sebelum kami penduduk asrama pulang ke rumah...


dan esoknya tibalah hari yg ditunggu untuk aspura and aspuri mitib balik...
best gila, tak terkata seronoknya...
cuti2 gak.....tp quran and pelajaran kena jaga...
nak jadi hamlatul quran bukannya senang....
ok xpelah sampai disini....


selamat bercuti....
Enjoy cuti,,,,,quran terpelihara,,,,,,
Insya Allah.....
Wallahu a'lam....





Emas Dan Perak

0 comments

Friday, June 3, 2011



Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan berguna ketika itu. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan."
- Musnad Imam Ahmad b Hambal -

9 Website Anti Islam Yang Wajib Anda Jauhi

0 comments

Thursday, June 2, 2011

ssalamualaikum...
Di sini saya ingin sebarkan beberapa laman web anti Islam yang wajib anda jauhi. Laman-laman web ini telah didapati cuba untuk memesongkan akidah umat Islam pada masa kini. Laman web ini juga telah banyak mempermainkan ajaran Islam yang sebenar serta berjenaka dengan menggunakan ayat al-Quran. Diharap para muslimin dan muslimat sekalian dapat menghindar dari singgah ke laman web ini. Semoga dengan penyebaran laman web ini dapat memberikan kebaikan kepada seluruh umat Islam.

Laman-laman webnya ialah:

1. www.aol.com/suralikeit

2. www.alrisalah.org

3. www.goharshahi.com

4. www.answering-islam.org

5. www.aboutislam.com

6. www.allahassurance.com

7. www.islam.org.uk

8. www.alislam.org

9. www.thequran.com

Silalah sebarkan kepada setiap orang Islam...

Games yang Menghina Agama Islam

0 comments
Assalamualaikum... Saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa games computer yang menghina agama Islam dan Allah... Antara games-games tersebut ialah:

1) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes

Di dalam games ini kita mesti menembak askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, semasa kita menembak askar tersebut, kita boleh dengar askar yang terkena tembakan menjerit "ALLAHUAKBAR" dan "JIHAD".


2) Stronghold Crusader

Permainan Perang Salib. Pemain games ini akan memainkan watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab. Ketika perang Salib diantara tentera kristian menentang tentera Islam pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi, orang Arab ketika itu semestinya adalah orang Islam.

3) Guitar Hero 3 Legends Of Rock

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek "Fitna" yang menghina kesucian Islam, datang pula games komputer yang menghina kalimah Allah. Kali ini games "Guitar Hero 3" telah menghina kalimah "Allah". Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.

Games ini menjadikan perkataan "Allah" sebagai hiasan lantai

Lihatlah bagaimana kalimah Allah ini telah dijadikan corak lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap games ini. Games ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan Red Octane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Gambar perkataan Allah dipijak-pijak

Jika kita tidak teliti gambar diatas, kita tidak akan menyedari terdapat kalimah Allah SWT di dalam games ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasrani untuk menyesatkan dan mempermainkan orang Islam. Kita perlu sentiasa waspada sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

4) Resident Evil 4



Resident Evil 4 merupakan sebuah games yang berkisarkan mengenai bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi games ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh satu kumpulan yang bernama "Los Illuminados". Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminiti pada game tersebut.



Simbol Illuminiti yang terdapat di dalam games ini


Zoom pada pintu tersebut

Perasan tak apa yang tidak kena dengan gambar di atas? Kalau nak tahu itulah pintu Umar Al-Khattab yang terdapat di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah. Macam mana boleh ada di dalam game ni?



Pintu Umar Al-Khattab yang terdapat di Masjid Nabawi,
Madinah Al-Munawwarah

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminitikan. Sila lihat gambar di bawah ini.


Perbezaan pintu dalam games dengan pintu yang realiti punya

Selepas meletakkan logo Illuminiti games tersebut

Diharap semua umat Islam dapat menjauhkan diri daripada bermain permainan video ini dan permainan video-video yang lainnya kerana ianya boleh melekakan umat Islam. Ternyata musuh Islam memerangi umat Islam dari segenap sudut.

Nauzubillah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
XD Anime Smiley