• Seorang lelaki berdoa di sisi Saidina Umar r.a: "Ya Allah, jadikanlah aku dalam golongan yang sedikit."Saidina Umar r.a bertanya: "Jenis doa apakah yang kamu baca ini?" Jawab lelaki tersebut: "Aku mendengar ayat Allah yang memberitahu; "Dan sedikit sekali hamba-Ku yg benar2 bersyukur(syakur). "(as-saba:13) Lalu aku tergolong dalam golongan yang sedikit ini."


    Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama muhasabah diri serta melihat kita tergolong dalam kelompok yang sedikit atau tergolong dalam kelompok yang ramai?? Orang yang sekadar bersyukur di sebut sebagai 'syakir' tetapi seorang hamba yg benar-benar bersyukur di sebut sebagai 'syakur'. Jarak perbezaan di antara keduanya begitu jauh sekali!! Golongan yang bersyukur itu sebenarnya ramai (apatah lagi yg kufur jauh lebih ramai), tetapi golongan sedikit yang disebutkan oleh Allah adalah mereka yg benar-benar bersyukur.


    Dalam hal ini, hanya orang yang memburu cinta ILAHI sahaja yang dapat menjengkal jurang antara 'syakir' dan 'syakur'. Syakir merupakan ukuran penanda yang paling bawah manakala syakur merupakan penanda bahagian paling atas juga merupakan zon selamat, melepasi paras terbawah zon syukur itu membawa seseorang itu kepada kufur nikmat.Wali'auzubillah...


    Syukur adalah sifat hati terhadap nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Sejauh mana rasa syukur ini mendalam tentu sekali ada kaitannya dengan sejauh mana kita berasakan betapa Pemurahnya Allah. Ada dua nikmat yang perlu difahami; iaitu nikmat maddiah dan nikmat maknawiyah. Nikmat maddiah adalah nikmat kebendaan seperti nikmat hidup, sihat, nikmat harta benda, nikmat hidup berkeluarga, wang ringgit dan kesenangan. Nikmat maknawiyah pula bukan bersifat kebendaan. Ia merupakan nikmat hidayah, taufik dan inayah daripada Allah. Setelah kita menyedari kategori nikmat ini, maka sejauh mana kita menghargainya lantas berterima kasih dan bersyukur kepada Allah sebagai Al-Mun'im (Maha Pemberi nikmat). 


    Kembali berbicara tentang syakir dan syakur. Di manakah kita di antara keduanya? Syakir adalah hamba Allah yang bersyukur namun rasa syukur itu tidak begitu mendalam.rasa itu kelihatan tidak setimpal berbanding dengan nikmat yang diterima daripada Allah. Syukur jadi hambar, rasa terima kasih kepada Allah begitu tawar sekali. Hasilnya ialah ia tidak menjadi pendorong untuk kian taat kpd Allah. Lebih teruk lagi ia akan membawa seseorang itu sehingga buta hatinya untuk menghargai sesuatu nikmat Allah, lalu membawanya menyimpang jauh daripada beradab dengan Allah.


    Di sudut yg lebih luas, sememangnya kita akur akan Firman Allah; 'Sekiranya kamu ingin menghitung nikmat Allah, kamu tidak berupaya menghitungnya... " (Ibrahim:7). Namun, adakah luahan rasa hati, ucapan dan perilaku syukur kita setimbang dengan bilangan nikmat Allah yang dikecapi? Marilah kita bertanya ke dalam diri sendiri dan biarkan geruh nafas kita menjawabnya.


    Antara golongan yang disebut sebagai golongan syakur ini ialah: 


    ■ mereka yang mendirikan hak-hak syukur sehingga dia sibuk merasai syukur di dalam hati, pada lidah dan segenap anggotanya pada setiap masa. Dia merasai karam di dalam pemberian Allah.


    ■ mereka yang tenggelam di dalam 'syukur kerana boleh bersyukur'.


    ■ As-syakur merupakan taufik daripada Allah sehingga menjadikan seseorang itu benar-benar bersyukur di atas sesuatu nikmat lalu bersyukur kerana boleh bersyukur. Ini dilihat sebagai nikmat lain pula, lantas menjadikannya bersyukur dan terus bersyukur lagi sehingga tiada kesudahan bagi rasa syukur tersebut.


    Perjalanan memburu redha-Nya memerlukan tenaga,semoga kita menyedari bahawa syukur yang benar-benar (As-syakur) adalah tenaga itu dan menjadikan kita kian hampir dengan-Nya: " Ya Allah,Tuhan Yang Maha Pemberi nikmat, semoga diantara kita...tiada antara."