Followers

From 'ZERO' to 'HERO'

Tuesday, March 1, 2011

from zero to hero
Islam membawa kita “From Zero to Hero”

Pernahkah anda menonton filem Spiderman? Dikisahkan dalam filem tersebut seorang watak bernama Peter Parker yang cenderung mulanya lemah, tidak ada apa-apa keistimewaan dan tidak berkuasa. Jelas sahaja, pemuda seperti itu langsung tidak popular apatah lagi mahu didampingi oleh ramai perempuan cantik. Namun ketika akhirnya dia menjadi “Spiderman” maka berubahlah Peter Paker dari seorang individu biasa kepada indivdu yang sangat luar biasa dengan kemampuan yang turut luar biasa! Peminat bahkan perempuan cantik mula memuji dan memuja nama Spiderman.

Namun disini, bukan soal Spiderman yang mahu kita bicarakan.  Yang kita mahu bicarakan adalah tentang si Tokoh dari seorang yang “nothing” menjadi “something”. Atau dengan kata lain dari seorang yang tiada apa-apa menjadi seorang Hero. Mahu menjadi Hero anda tidak semestinya harus disengat labah-labah, atau pandai melekat dan bergayut dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Karena sesungguhnya dalam diri kita, potensi untuk menjadi hero itu sudah ada secara fitrah. Tinggal bagaimana kita memaksimumkan potensi itu agar muncul dan menjadi hero bagi diri sendiri maupun orang lain.

Oleh itu, cukuplah ISLAM sebagai formula mujarab yang mampu merubah hitam menjadi putih, yang merubah kaca menjadi permata,dan yang merubah busuk menjadi wangi. Pendek kata dengan Islam lah umat manusia mendapat maruah dan menyedari konsep kehidupan berTuhan.

Lihatlah sejarah Nusantara bagaimana Islam datang membawa kita keluar dari kepompong Jahiliyah yang sarat dengan pengaruh Animisme, dan kepercayaan Hindu-Buddha yang tidak rasional. Islam adalah agama yang berbeza, yakni agama rakyat yang baik untuk individu ataupun kolektif. Doktrin agama Islam yang mudah difahami dan dipraktikkan menjadi pilihan terbaik bagi rakyat yang berada dalam keadaan Jahil. Islam tiada Kasta atau hierarki yang membeza-bezakan golongan kaya dan miskin. Buat pertama kalinya golongan ‘Sudra’ dan ‘pariah’ kini mendapat harga diri mereka sebagai manusia. Kononnya sesuatu kasta hanya boleh bergaul dengan jenis kastanya sahaja. Hinggakan jika bayang-bayang seseorang dari golongan Sudra terkena pada Brahmin, maka si Sudra harus dibunuh. Jelik bukan?

Syed Naquib Al-Attas menegaskan bahawa Sejarah Bangsa Melayu bermula dengan Quran. Quran dan Islam lah yang menganugerahkan tamadun kepada kita,yang sebelum ini hidup diselubungi mitos,tahayul dan unsur khurafat. Kononnya Raja dianggap sebagai jelmaan Tuhan yang ada ‘daulat’ dan tidak boleh ditentang apatah lagi untuk disanggah. Mentaliti kita dulunya ditentukan oleh kepercayaan karut. Segala sesuatu punya semangat yang perlu disembah termasuklah bumi yang dipijak, kononnya didiami dewi bernama ‘Pratiwi’ (ibu pertiwi) yang perlu disembah.

Lihatlah juga sudut sosial ketika Era pemerintahan Kerajaan Majapahit sebelum kedatangan Islam. Kononnya jika rombongan raja-raja melalui sebuah kampung, maka orang-orang disitu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar. Penduduk terpaksa mempersembahkan dan mengorbankan haiwan ternak, tanam-tanaman dan makanan kepada Raja dan pengiringnya. Jika Raja singgah selama beberapa malam,maka penduduk terpaksa menyediakan hiburan. Anak-anak perempuan dan dara-dara pilihan mesti dipertontonkan kepada Raja. Kononnya apa yang dibuat oleh rakyat adalah sebagai tanda sayang dan kecintaan kepada Raja yang sudah bersatu dengan kuasa dewa-dewa. Malah menjadi satu penghormatan termasuk haiwan di hutan untuk mati kerana Raja.

Namun Islam berjaya mencorakkan satu pemikiran baru yang meletakkan Allah sebagai standard kepada kehidupan. Islam memberikan manusia satu identiti yang adil,harmoni dan cukup teratur! Maka, tidak hairan lah jika Orientalist berasa hairan dan kagum bagaimana Islam berjaya berkembang di zaman Rasulallah hanya dalam tempon 23 tahun!

Sebagai contoh, orang Farsi yang  sejak sekian lama menganut Zoroastrian yang menyembah api. Tetapi apabila sinar islam datang dibumi Farsi masyarakat bukan sahaja terpesona dengan keberanian dan kekuatan tentera islam, tetapi lebih terpesona dengan ketinggian akhlak dari tentera islam. Masyarakat Farsi tidak pernah melihat tentera yang mempunyai keuatan fizikal dan pada masa yang sama mempunyai ketinggian nilai dan moral. Mereka menjangkakan bahwa tentera yang datang akan membantai tamadun mereka sehingga lenyap, membunuh,memperkosa wanita dan menghancurkan binaan. Tetapi jangkaan mereka salah! Jangankan membunuh, bahkan mereka akan terus menundukkan pandangan bila terlihat wanita tempatan. Demikian lah islam diterima kerana ketinggian akhlak penganutnya.
Islam juga punyai kekuatan akidah yang tersendiri.

Kekuatan ini bukan sahaja ketika islam berada di kemuncak, bahkan ketika kemelesetan Islam itu sendiri. Contohnya ketika pembantaian tentera Monggol keatas Baghdad yang melenyapkan Empayar Abasiyyah. Tetapi kita lihat apakah yang berlaku selang beberapa tahun selepasnya? Orang-orang Monggol yang ganas dan bengis itu akhirnya memeluk Islam dan keturunan-keturunan mereka akhirnya menerajui Khilafah Uthmaniah. Tidak pernah berlaku dalam mana-mana lipatan sejarah orang yang datang menjajah memeluk agama orang-orang yang tewas dan dijajah. Itulah kekuatan akidah Islam.

Sekali lagi, Quran dan Islam lah yang menjadi penawar, yang mengubah senario dan menganugerahkan Tamadun kepada Muslim.  Tamadun yang melonjakkan mentaliti dan meng- ‘acknowledge’ maruah manusia samaada lelaki atau perempuan. Kesimpulannya, Islam berjaya membentuk kita “From Zero to Hero”.

Lantas, apakah anda tidak mahu menjadi lebih hebat dengan acuan Quran dan Islam berbanding Spiderman??

Anda Baca, Anda tentukan..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
XD Anime Smiley