Followers

Bila kita nak berubah

Tuesday, March 15, 2011

           'Tok, tok, tok', kedengaran bunyi pintu diketuk di pejabat rasmi Harith. 'Masuk', Harith bersuara. 'Tuan Harith ada seseorang ingin berjumpa tuan di bilik rehat tetamu', Setiausahanya, Amirah memberitahunya bahawa ada tetamu sedang menunggu. 'Baiklah', dengan pantasnya Harith pergi ke bilik tetamu yang terletak di tingkat bawah.


Setibanya di bilik tetamu, dia merasakan seseorang yang istimewa ingin berjumpa dengannya. Dia membuka daun pintu secara perlahan. 'Assalamualaikum', dia memulakan petah bicaranya dengan memberi salam. Itulah sikap Harith yang peramah ketika berjumpa dengan seseorang yang telah diajar oleh Ayahnya sejak kecil lagi.
'Wa'alaikumussalam', jawab pemuda yang tidak dikenalinya itu. Harith memandang raut wajah pemuda itu. Dia rasa pernah berjumpa dengan pemuda itu suatu masa dahulu. Di dalam hatinya berkata, 'mungkin pelanduk dua serupa. Atau betul pemuda ini kenalannya suatu masa dulu.


'Tuan Harith Hakimi ke?', pemuda itu memulakan madah bicaranya. 'Ya, saya Harith Hakimi. Kenapa ya?'.
'Saya Abdullah Amri, bekas penuntut Universiti Yarmouk, Jordan. Tuan dah lupa ke kita sama-sama belajar dulu di MITIB, tambah pemuda itu lagi. Sangkaan Harith tadi memang tepat.
              'Oh, ya, Amri sudah 13 tahun kita tidak berjumpa selepas kita tamat pengajian tahfiz dan qiraat di Maahad Qiraat, Al-Azhar, Al-Syariff, Mesir', perbualan Harith dan Amri semakin rancak.


Begitulah sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Bak kata pepatah melayu, bagai isi dengan kuku. Mereka  berdua pun berbual hingga lupa kerja masing-masing yang perlu dibuat.


Amri merupakan sahabat Harith sejak tingkatan 1 di MITIB. Apabila tamat pengajian di MITIB selama lima tahun, mereka menyambung pelajaran mereka di Maahad Qiraat, Al-Azhar, Al-Syariff, Mesir. Di Mesir, mereka perlu belajar selama 3 tahun di situ. Selepas itu, mereka akhirnya perlu membuat haluan masing-masing untuk menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang yang tertentu. Ada yang membawa diri ke Jepun, Mesir, Jordan seperti Amri dan ada yang tinggal menetap di Malaysia. Seperti Harith, dia menyambung pelajarannya di Malaysia sahaja akibat tidak mendapat biasiswa dari pihak kerajaan kerana sebab-sebab tertentu. Harith akhirnya berjaya mendapat pangkat PHd dalam bidang sains perubatan di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia dan kini digelar seorang Al-Hafiz dan Doktor Pakar Jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

            'Aku sebenarnya tengah sambung belajar ni, Harith', kata Amri sambil menghirup kopi di sebuah restoran berdekatan dengan pejabat Harith.
            'Tapi, aku tak tahu macam mana nak seimbangkan pembelajaran aku dengan pengulangan aku. Balik malam-malam. Tak sempat nak ulang. Balik rumah je penat and terus tidur', kata-katanya itu disambung lagi.
      
            'Itu bukan alasan bagi orang yang nak berjaya. Kau ingat tak kata-kata pengetua kita dulu kat MITIB, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. So, kita kena lalui yang susah dulu barulah kita dapat kesenangan yang selama ini kita kecapi'. Itulah yang diperkatakan oleh Harith sejak dahulu lagi. Dia menjadikan kata-kata itu sebagai prinsip utama dia untuk mencapai kejayaan.


Amri pun terfikir sejenak tentang kata-kata ustaznya dahulu, 'masa kecik-kecik ni lah masa untuk kita ulang banyak-banyak, kalau dah besar susah, nak buat tu lah, ni lah, kan payah'. Amri pun berasa kesal kerana tidak ikut nasihat ustaznya dahulu, sebab masa kat MITIB dulu dia payah nak mengulang, hafaz je banyak, ulangnya tak ada.


            'Dah sekarang janganlah kau menyesal, nasi dah jadi bubur dah, Amri. Kau start lah balik pengulangan kau. Kalau boleh sehari 5 Juzu'. Itu baru minimum. Kalau maximum 10 Juzu'. Baru takwanya lebih sikit. Kau cari masa jangan masa cari kau. Bangun awal ke, stay back ke, kan elok tu', Harith seolah-olah memberi tazkirah kepada Amri.


Mengikut sejarah riwayat hidup Amri, dia merupakan salah seorang pelajar yang mantap dalam hafazannya dan pelajar yang dapat mentamamkan bacaan 30 Juzu' Al-Quran dengan cepat. Masalahnya, hafaz mesti kena hafaz, mengingat tu paling penting. Itulah sebab kita perlu ulang. Nak mengingat Al-Quran ni payah. Kenalah berusaha, tawakal, istiqamah dan yang paling penting doa untuk mendapat redha Allah SWT.


Firman Allah yang bermaksud:
'Aku (Allah) tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu
mengubahnya sendiri'.


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Keesokan harinya, rutin seperti biasa. Harith pergi ke pejabatnya di IJN, Kuala Lumpur. Kebiasaanya, dia akan singgah sebentar di warung Pak Samad untuk bersarapan. Tetapi hari ini, dia tidak singgah kerana dia sudah makan dua keping roti bersalut jem dan secawan kopi di rumahnya tadi. Biasalah orang bujang, simpan duit untuk naik pelamin nanti. Harith masih belum mempunyai jodoh walaupun usianya sekarang sudah mencecah 26 tahun. Dia hanya berkata, 'Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan' setiap kali dia berhubung dengan ibunya di kampung. Sudah dipilih tak mahu , kalau cari sendiri pula itulah kata-katanya. 

Setibanya di pejabat, dia memarkir keretanya berhampiran dengan pintu masuk utama supaya senang dan tidak perlu menghabiskan tenaganya berjalan jauh ke pintu masuk. Dia terus masuk ke pejabatnya dengan wajah yang mesra.
             'Assalamualaikum, semua', Harith memberi salam kepada semua yang berada di pejabat itu.
                   'Wa'alaikumussalam, jawab mereka.
Lantas dia pergi ke wad-wad yang telah diamanahkan oleh ketuanya untuk menyemak kesihatan pesakit yang ada di hospital itu.

Setelah selesai menyemak kesihatan para pesakit, dia pergi makan tengah hari di restoran. Memandangkan jam menunjukkan tepat jam 12 tengah hari, semua warga hospital boleh berehat sehingga jam 1.30 petang.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Sebelum pulang ke rumah, sahabatnya, Abdullah Amri ingin berjumpa dengan Harith. Harith memberhentikan kereta Honda Viosnya di hadapan restoran yang terkemuka di bandar KL ini. Sementara menunggu Amri, dia melihat keadaan masyarakat zaman kini yang berada di sekitar KL itu. Pandang kiri, pandang kanan, semuanya maksiat.
            'Astaghfirullah, beginikah masyarakat sekarang? Sanggup mereka mendedahkan aurat mereka walaupun Allah telah melarangnya dalam Al-Quran. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada azab api neraka.'
Harith berkata sendirian di dalam hati.


Memang patut pun sekarang banyak bencana alam yang berlaku. Ini semua kerana terlalu banyak maksiat yang berlaku di dunia ini.


Firman Allah yang bermaksud:
'Dan kami tidak membinasakan sesuatu negeri, melainkan ada sesuatu
 ketentuan yang ditetapkan baginya'.

         'Tut, tut, tut', kedengaran suara 'handphone' Harith. Dia dapati ada satu 'sms' yang dihantar oleh Amri. Dia terus membuka 'sms' itu tanpa ragu-ragu.

'Jangan terpedaya dengan seekor harimau yang berlagak seperti kucing yang jinak'
hayati maksud ini dan selamat beramal.

Dia cuba memahami mesej yang disampaikan oleh Amri itu. Namun kata-kata yang terdapat dalam mesej itu cukup mendalam. Tiba-tiba, pintu keretanya diketuk oleh seseorang. Harith terperanjat lalu dia melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu keretanya tadi. 
         'Wah, kau rupanya, Amri. Bukan main lama lagi aku tunggu baru kau datang', Harith menyampaikan hasratnya kepada Amri.
          'Maaflah, tadi kat highway sesak', Amri cuba mengambil hati Harith.
          'Kenapa kau nak jumpa aku. Pastu hantar mesej yang pelik pulak tu', kata Harith sambil menunjukkan reaksi muka yang tak puas hati.
          'Saje, tak boleh ke? Sebagai kawan, aku kadang-kadang nak jugak belanja makan. Tak nak, kalau tak nak tak mengapa. Aku boleh belanja orang lain, hihihi,' Amri sempat membuat jenaka untuk mengambil hati Harith. 'Pasal mesej tu aku saje je bagi kau. Sebagai pedoman dan taujihat', sambungnya lagi.
          'Suka hati kau lah', kata Harith dengan selamba.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Setibanya di rumah, Harith masih terfikir tentang mesej yang diberikan oleh Amri tadi. Dia merasakan ada sesuatu maksud yang tersirat dan tersurat dalam mesej itu. 'Jangan terpedaya dengan seekor harimau yang berlagak seperti seekor kucing yang jinak'. 'Apa maksudnya! huhhh...',Harith mengeluh panjang. Fikirannya buntu. Akhirnya, dia dapat mentafsirkan ayat itu dengan sempurna.


Mesej itu bermaksud: 
Janganlah kita terdorong kepada orang jahat yang berpura-pura membuat kebaikan.

Seperti dalam firman Allah yang bermaksud:
 Dan di antara manusia ada yang berkata, 'Kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat,' padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari. Dalam hati mereka ada penyakit,lalu Allah menambah penyakitnya itu; dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta.

لا ينخدع نمر أن تتصرف مثل القطة الأليفة

p/s: pembaca sekalian hayatilah maksud yang ingin disampaikan dari cerpen tadi.
renung-renungkan dan selamat beramal.








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
XD Anime Smiley